Pesanan Luqman Al-Hakim

1. Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam. Banyak manusia karam di dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya tawakkal kepada ALLAH.

 

2. Orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada ALLAH.

 

3. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadhuk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindari maksiat.

 

4. Hai anakku, seandainya ibu bapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kaulakukan, maka kemarahan mereka umpama baja bagi tanaman.

 

5. Jauhkan dirimu daripada hutang, kerana sesunguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam…

(Sumber: Bahagian Dakwah, JAIS)

…bersambung… 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: