…bahagia asalkan KAU redha…

 

wanita A : “cemburunya tengok jiran sebelah rumah tu…setiap pagi, mesti si suami yang tolong kunci rumah & tutup pintu pagar. si isterinya dilayan macam mem.”

wanita B : “bahagianya mereka…sang suami rajin tolong masak dan buat kerja dapur…”

wanita C : ” kalaulah aku pun macam tu, dapat suami yang suka temani aku pergi kedai runcit, pergi pasar atau beli barang. tapi…”

wanita D : “wah, romantiknya! jalan pegang-pegang tangan lagi. teringin nak rasa macam tu…mesti pasangan tu pasangan bahagia.”

wanita E : “….”

BAHAGIA. itulah perkataan keramat yang amat didambakan pasangan suami-isteri. siapa yang mahu menderita dalam perkahwinannya? siapa yang sanggup berendam air mata sepanjang masa? siapa pula yang suka meneruskan kehidupan tanpa rasa bahagia?

kita tidak akan menjangka apa yang bakal berlaku seusai ijab kabul. semua orang mengimpikan bahagia sedangkan jalan di hadapan tidak semestinya lurus sepanjang masa. tipulah jika ada rumahtangga tidak pernah dilanda masalah. kalaupun tidak sampai ribut atau taufan, hembusan angin panas tetap ada.

memanglah kita dianjurkan untuk sentiasa memohon ALLAH mengurniakan kita bahagia pada setiap masa. walau bagaimanapun, ujian dalam perkahwinan tidaklah bermakna kita tidak berhak bahagia. siapa tahu, melalui ujian itulah kita akan mengecap kebahagiaan yang lebih bermakna. siapa tahu, melalui ujian itulah kita akan lebih menghargai pasangan kita.

jangan terlalu suka membandingkan kebahagiaan pasangan lain sehingga kita juga obses hendak bahagia dengan cara mereka. setiap pasangan ada caranya tersendiri dalam merealisasikan bahagia. tidaklah janggal kita melihat pasangan yang berpegangan tangan secara beriya-iya pabila berada di khalayak ramai. adakah dengan menzahirkan sikap romantik, mereka benar-benar bahagia?

jika benar ada lelaki yang sejak azali dilahirkan romantik, ringan tulang, tak sanggup melihat orang lain susah/penat dan lelaki ini menjadi suami anda, syukurlah. tapi, jangan sewenang-wenang menuduh lelaki yang tiada ciri-ciri tersebut tidak mampu membahagiakan anda…

setiap insan ciptaan TUHAN ada kelebihannya. begitu juga dengan lelaki yang ditakdirkan menjadi pasangan anda, walaupun dia tidak romantik, berat tulang atau tega membiarkan anda lelah menguruskan rumahtangga sendirian.

ternyata, ramai pasangan yang bercerai terdiri daripada pasangan yang suka menunjuk-nunjuk kemesraan mereka di khalayak ramai. kebahagiaan yang dibuat-buat memanglah tak kekal lama. salah sikit saja, sudah boleh menjadi alasan besar untuk berpisah. dan tidaklah janggal jika suami yang keterlaluan mempamerkan kemesraan terhadap isterinya di khalayak ramai akan cepat-cepat mencari pengganti sebaik sahaja isterinya itu meninggal dunia!

jadi, syukurilah siapa sahaja yang kini menjadi pasangan kita. bahagia atau derita, kita sendiri yang menentukannya. kita dikurniai akal yang waras, ilmu yang bermanfaat dan hati yang bersih. oleh itu, gunakanlah ketiga-tiga nikmat ini untuk mencipta bahagia dengan cara kita sendiri.

tak semestinya kita wajib meniru jiran sebelah rumah untuk bahagia. kita juga ada cara kita. jika perkahwinan boleh dipertahankan hingga kini, apakah masih hendak mengaku tidak bahagia? ternyata anda sedang berbahagia namun tidak menyedarinya! …atau tidak mahu mengakuinya, sebaliknya masih hendak cemburu terhadap orang lain.

yang penting, kita mahu mengejar bahagia yang diredhai ILAHI, bukan bahgia yang dinilai oleh mata kasar atau penilaian berat sebelah oleh manusia yang di hatinya ada banyak penyakit rohani.

tak perlu menunjuk-nunjuk kemesraan sebagai bukti kita bahagia. biarlah kemesraan tersebut diketahui oleh diri sendiri, pasangan dan anak-anak sahaja. lebih utama, ALLAH Maha Mengetahui…biar DIA  sahaja yang menilainya…

tak perlu rasa rendah diri atau terkilan jika pasangan anda bukan jenis yang suka menemani anda ke pasar, kedai, pasar malam, pasar raya dan sebagainya. sikap saling  mempercayai lebih penting. jika suami percaya bahawa anda boleh menjalankan tugas sebagai pengurus keluarga yang terbaik, itulah kebahagiaan yang sebenarnya. dia akan berasa lega untuk pergi kerja, tidaklah risau sangat tentang anda yang terlalu bergantung kepada dirinya hatta hendak pergi kedai yang sejengkal dari rumah pun perlu ditemani.

pasangan yang saling memahami dan saling mempercayai biasanya dapat menguruskan rumah tangga dengan baik walaupun suami dan isteri bekerja. sesibuk manapun mereka bekerja, anak-anak tidak diabaikan dan mereka sekeluarga masih ada ruang masa dan peluang untuk menjalani kehidupan berkeluarga yang sempurna. isteri masih menjadi kepentingan suami, suami masih menjadi keutamaan isteri dan anak-anak tetap menjadi prioriti.

saling mempercayai adalah bukti anda pasangan yang serasi. sebab itulah, pasangan yang mengamalkan sikap ini, jarang bergaduh apatah lagi bercerai. harus anda ketahui, suami yang selalu mahu berkepit sahaja dengan isterinya adalah suami yang berpotensi untuk cemburu buta. adakalanya dia tidak dapat menerima hakikat isterinya yang bekerja itu perlu berurusan dengan lelaki lain, contohnya majikan, rakan sejawatan atau pekerja bawahan. jadi, apakah itu bahagia…jika ada suami yang cemburu buta?

apa-apapun, mohonlah kepada-NYA untuk menitiskan rasa bahagia yang diradhai-NYA dalam diri kita dan pasangan kita buat selama-lamanya. bahagia dengan cara kita yang tersendiri, bukan dengan cara meniru orang lain.

selamat berbahagia…

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: