Kata-kata Hikmah Terpilih

 

semat dalam hati, amalkanlah…

1. Ukuran paling tinggi tentang adab seseorang itu, dia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya lebih dahulu.

2. Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

3. Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.

4. Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya dan orang yang jahil membuka keaibannya.

5. Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka, bukannya cuba membuat mereka meminati anda.

6. Akhlak yang buruk ibarat tembikar yang pecah; tidak dapat dilekatkan lagi, juga tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.

7. Persediaan untuk menyambut kesempatan yang menjelma adalah rahsia kejayaan hidup.

8. Sesuatu yang pernah dihadapi – itulah pengalaman.

9. Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal tetapi ia datang dari semangat tidak pernah mengalah.

10. Orang paling akhir ketawa, tentu lebih banyak ketawa.

11. Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru, tahu banyak perkara lebih baik daripada tidak suka ambil tahu walaupun satu perkara.

12. Harta yang didatangkan oleh angin akan dibawa pergi oleh taufan.

~ingatan buat diri sendiri~

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: