Mengapa Doa Tak Makbul?

 

Sebagai orang Islam, kekuatan kita adalah melalui doa. Walaupun doa itu sifatnya merendahkan jiwa raga dan hati kepada Ilahi, keputusannya tidak rendah. Kerendahan hati kita membuktikan kita redha menjadi hamba. Dan pabila Allah s.w.t melihat kerendahan jiwa raga dan hati hamba-Nya, maka dia akan datang kepada kita dengan lebih dekat, memperkenankan setiap permintaan kita secara cepat atau lambat dan sentiasa menyelamatkan kita daripada fitnah dunia dan segala keburukannya.

Mengapa doa kita tidak diperkenankan? Tentu sekali sebab utamanya ialah kerana perbuatan dosa manusia. Manusia begitu mudah meminta Tuhan memakbulkan setiap keinginannya tetapi begitu susah pula untuk melakukan setiap suruhan Tuhan. Malah, manusia bersekongkol pula dengan nafsu dan syaitan untuk melakukan perkara yang ditegah.

Susahkah untuk melakukan suruhan Tuhan? Buat dahulu, jangan berkira tentang balasannya, kerana Allah memberi rezeki tanpa mengira siapa kita. Antara kafir dan Islam, rezeki Allah beri sama rata berdasarkan usaha. Hanya sahaja rezeki kepada  orang Islam selalu disertai dengan kasih sayang-Nya…

Maka, berfikirlah lebih panjang ketika hendak melakukan dosa. Dosa ialah apa yang menggusarkan hatimu dan kamu tidak suka/tidak mahu  orang lain mengetahuinya.

Kata Ibrahim bin Adham, antara punca doa tidak mabul adalah:

1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2. Kamu sangka kamu cinta akan Rasul tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3. Kamu membaca al-Quran  tetapi kamu tidak mengamalkan ajarannya.

4. Kamu menerima segala nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur.

5. Kamu telah mengakui syaitan itu musuhmu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu mengetahui mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

 

Supaya doa kita dimakbulkan Allah s.w.t, marilah kita mengambil iktibar tentang perkara-perkara di atas. Jadikan Islam sebagai cara hidup kita secara menyeluruh. Sematkan dalam jiwa raga dan hati bahawa Islam ada jalan yang menjanjikan kebahagiaan. Tunaikanlah hak Allah, hak Rasul, hak al-Quran dan hak manusia seluruhnya.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: