Mencipta Kebahagiaan: Happiness Now

Semua orang berhak bahagia dan gembira. Seboleh-bolehnya peluang yang ada ini ingin digunakan sebaik-baiknya untuk meraih bahagia dan menikmati kegembiraan.

Kita boleh bahagia dan gembira dengan cara kita sendiri. Namun, hendaklah dipastikan kebahagiaan atau kegembiraan itu tidak menyebabkan orang lain sakit hati, menderita, terkilan atau dizalimi. Begitu juga, kebahagiaan dan kegembiraan yang kita kecapi tidak berpunca daripada kesengsaraan atau pengorbanan orang lain.

Mudah disebut antara contohnya begini: Anda  berasa gembira dan bahagia  kerana dapat menikahi wanita yang cantik dan sempurna serba-serbinya, sedangkan sebelum menikahinya, anda guna cara ‘tak betul’ untuk mendapatkan wanita tersebut.

Anda rasa senang hati kerana perniagaan yang baru anda mulakan itu cepat sangat untung. Maka, anda dan anak isteri dapatlah hidup senang-lenang sebagaimana lagaknya orang kaya. Padahal, perniagaan itu berlangsung dengan banyak tipu daya dan helah. Anda rasa gembira dapat banyak untung sedangkan anda lupa, modal perniagaan tersebut belum anda pulangkan kepada empunyanya.

Anda gembira kerana mendapat tempat istimewa di sisi majikan. Gaji sering naik, pendapat anda didengar dan diambil kira dan apa sahaja yang anda lakukan beralaskan ‘untuk kebaikan syarikat’. Maka, boss tidak pernah mencurigai. Sebaliknya, di belakang anda ada orang lain yang sebenarnya lebih layak untuk memegang jawatan yang anda rebut itu. Di belakang anda, ada pekerja yang tidak puas hati kerana tahu, anda tidaklah buat kerja dengan jujur, sebaliknya hendak bodek boss dan mempunyai agenda tertentu.

Buku Happiness Now tulisan Andrew Matthew banyak memberikan kita panduan tentang bagaimana hendak membahagiakan dan menggembirakan diri tanpa menyinggung orang lain. Kebahagiaan dan kegembiraan yang didapati secara jujur melalui usaha sendiri.

Mencipta kebahagiaan bukanlah mudah, tetapi ia boleh dimulakan. Mulakan dengan diri sendiri lebih dahulu, umpamanya dengan cara ini:

Everytime you say a silent ‘thank you’ you become more peaceful and more powerful.

Biasanya, untuk menghibur hati, kita akan memilih jalan yang nampak secara fizikal seperti seperti pergi bercuti atau  membeli barangan mahal. Selepas balik dari  bercuti atau dapat barang mahal yang kita impikan, apa rasanya? Biasa saja, kan? Selepas itu hati akan kusut semula.

Jadi, jalan mudah untuk mendapatkan ‘peace of mind’  ialah menenangkan hati itu sendiri dengan memberi santapan spiritual atau pujian. Dengan ini, kebahagiaan lebih berpanjangan.

Saya begitu tertarik dengan buku ini kerana buku ini menghidangkan banyak kata-kata perangsang yang boleh menaikkan semangat kita semula. Jika sedang sedih, buku ini memberi pilihan untuk menangani kesedihan tersebut. Jika dikhianati, ada kata-kata penulis yang mampu membuatkan kita redha terhadap pengkhianatan tersebut. Jika kita terlalu gembira, bagaimana hendak ‘handle‘ kegembiraan tersebut dengan cara yang betul.

Ayat-ayatnya pendek namun bermakna. Mudah, ringkas tetapi inspiratif.

Getting more stuff usually leads to wanting even more stuff.

Benar, kan? Peringatan di atas begitu sinonim dengan orang kaya yang hendak jadi  lebih kaya. Tentu anda semua juga pernah membaca hadith nabi bahawa, jika seseorang itu sudah mendapat sebuah bukit emas, nescaya dia akan meminta sebuah bukit emas lagi. Sama, kan???

Dalam semua kebudayaan, manusia diajar untuk berpada-pada.  Barulah dapat menikmati kebahagiaan dan kegembiraan. Sering orang miskin melihat betapa gembiranya orang kaya. Sebaliknya orang kaya akan berkata, bahagianya jadi orang miskin. Jalan terbaik adalah menjadi yang di antara miskin dan kaya, iaitu sederhana. Maksudnya, tidak perlu meminta-minta dan tidak pula membazir.

Bagi saya, susunan ayat dalam buku ini mudah difahami. Mereka yang hanya mengetahui  basic English pun boleh memahaminya. Yang penting, hampir kesemua isi buku boleh kita jadikan panduan.Sesuaikan dengan budaya dan agama kita, nescaya banyak faedahnya.

In A Nutshell:

1. To be successful, this is what you need – in order of importance:

i. patience and persistence

ii. talent.

2. It is not necesarily an easy life that makes you happy. Usually it’s the opposite.

3. You don’t find happiness in the absence of problems. You find it in spite of your problems!

4. You attract what you think about.

5. We set goals not for what we GET but for what we BECOME.

6. Wherever you are headed, start small and make success a habit.

7. If your friends are richer than you, and all you have to spend on them is a dollar, spend that dollar!

8. The only people who really know what’s going on in a relationship are the two people in it!

9. We are all affected and infected by the people and attitudes around us. Sometimes we need to take action or change the company we keep.

10. Your life is an energy system. When you throw out things you create a vacuum, and you get things moving. Notice how often new things come along to replace what you give away.

judul: Happiness Now

penulis: Andrew Matthew

harga: RM48.00

Hasil penulisan Andrew Matthews sudah diterjemah dalam 33 bahasa dan bukunya menjadi bestseller di 60 negara. Jadi, jenguk-jenguklah buku beliau jika anda berkesempatan ‘melawat’  kedai buku…

Happy reading!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: