Syok Sendiri…

 

Apa rasanya jadi manusia yang syok sendiri? Bahagiakah? Gembirakah?

Barangkali manusia jenis ini hidup dalam dunianya sendiri tetapi mendambakan pujian yang kerap daripada orang lain. Dunia yang diciptanya itu pelik. Perlakuannya pelik tetapi dia selalu mengharapkan perangainya itu disanjung dan dipandang tinggi. Benarkah?

Pada saya, manusia sebegini sememangnya akan dipuji. Tapi maaflah, pujian kepadanya hanya bersifat ‘plastik’. Dah dia suka dipuji, maka orang akan pujilah. Dah dia suka ‘dipandang’ maka orang akan pandanglah. That’s it. Tiada kemesraan mahupun keikhlasan daripada orang yang menjadi audien di sekelilingnya. Malah tuan punya diri yang syok sendiri itu tak tahu…bahawa…sebenarnya dia sedang mempamerkan kedangkalan peribadinya tanpa disedari.

Contoh manusia syok sendiri?

Hmm…orang yang kuat ceramah. Pantang dapat mikrofon, masa yang diperuntukkan selama sejam memang tak cukup. Tajuk yang sepatutnya boleh dikupas secara ringkas dan padat akhirnya jadi meleret-leret dan tidak menarik lagi untuk didengar.

Lagi…manusia kera sumbang. Duduk berkurung dalam rumah kononnya solehah. Kononnya nak keluar rumah kena minta izin suami. Tetapi sebenarnya dia tak perlu keluar rumah pun untuk mengumpat, menyuruh orang pandang barang kemas yang tersalut penuh kat lengan, menyebarkan keburukan suami. Semua tu boleh dilakukan di hujung jari, dengan hanya menaip ayat di laman sosial. Seluruh dunia boleh tahu. Bila perasan diri sendiri tu bagus, dia tak tahu jiran sebelah-menyebelah menyampah je dengan perangai perasan bagus tu…sampaikan hari cuti umum pun nak hantar anak ke sekolah? Hm…apa faedah jadi kera sumbang eh?

Hmm…tak semestinya kalau berjubah berpurdah tu dah bagus sangat sampai tak suka dengar apa pendapat orang lain. Yang pastinya, bila perasan bagus, orang sekeliling yang berkelulusan agama ‘tak dilayan’ sebab tak berjubah seperti mereka. Kononnya orang berkelulusan agama ni tak perfect kalau tak pakai jubah berwarna pudar…zuhud bukan dengan cara berpakaian selekeh. Tawaduk bukan dengan cara rasa diri sendiri saja yang bagus. Qanaah bukan bermaksud langsung ‘tak pandang’ dunia…

Hmm…bila dah kaya sikit, berjalan pun macam tak jejak bumi. Kalau dulu boleh pergi masjid, bila dah kaya…dah tak jumpa jalan ke masjid. Tak cukup lima buah rumah, buat rumah lagi. Beli kereta lagi. Beli tanah lagi. Sampai tak sedar…akhir nanti pulang ke dalam tanah berapa kaki je ukurannya kan? Harta kekayaan semuanya akan ditinggalkan. Waktu tu baru nak menyesal sebab harta tak digunakan untuk buat persediaan. Waktu tu baru nak kata: tak guna ada banyak harta tapi tak ada amalan. Sebelum nak sampai ke akhirat, seksa dalam kubur ni lama sangatlah!

Kemudian…baru je ada kelulusan tinggi sikit, dah sombong. Siap boleh marah lagi kalau orang panggil dia dengan pangkat yang lebih rendah sebab dia dah ada pangkat yang lebih tinggi. Bukan ke padi tu, makin berisi makin tunduk? Oh…sebab dia manusia. Makin pangkat tinggi, hidung pun kena tinggilah!

Teringat ketika saya mengajar murid-murid saya tajuk hijrah. Hijrah ada dua pengertian yang besar. Sama ada berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, ataupun bertukar daripada perangai buruk kepada perangai baik.

Tapi…kelihatannya orang yang syok sendiri ni…melepaskan perangai baik dan syok melakukan perangai buruk. Boleh didefinisikan sebagai hijrah jugakah? Pening…pening!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: