Revisi Buku: Laluan ke-2 ke Puncak

 

 

Judul : Laluan Ke-2 ke Puncak
Penulis : Dr.  HM Tuah Iskandar al-Haj
Penerbit : Oasis Buku
Harga : RM15.00

Bagi saya, buku ini amat menarik. Walaupun tag buku ini bertulis: bacaan untuk mereka yang sedang gagal, orang yang berjaya dilarang membaca, tetapi saya percaya ramai orang berjaya begitu tertarik untuk memegang lalu membaca buku ini.

Isi buku ini hebat, menggambarkan kehebatan penulisnya mendalami permasalahan yang biasanya berlaku dalam kalangan ‘orang yang gagal’. Maksud saya, yang didefinisikan sebagai orang yang gagal bukanlah gagal dalam peperiksaan semata-mata. Kegagalan didefinisikan secara berbeza oleh setiap individu yang berlainan profesyen. Begitu juga, kejayaan didefinisikan secara tidak serupa oleh setiap insan.

Perihal 15: Orang jahat mempersepsikan kejayaan dalam istilah yang bertentangan sama sekali dengan apa yang diistilahkan oleh orang baik. Bagi mereka, semakin jahat semakin berjaya. Semakin ramai orang percaya oleh kata-kata fitnahnya semakin hebat dirasakan dirinya. Golongan ini kadang-kadang menggunakan orang lain untuk melemparkan fitnah. Dengan itu mereka selamat daripada dilibatkan.

Perihal 16: Si gagal tegar menganggap dirinya berjaya. Dia meletakkan ukuran kejayaan pada tahap yang paling rendah hingga merasakan pencapaian mereka yang kecil dan sedikit itu sudah cukup besar. Orang ini tenggelam dalam dunia ciptaan sendiri. Mereka tidak mahu berusaha lagi sebab merasakan kejayaan seperti apa yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sangat besar dan mustahil dicapai.

Bacalah buku ini dan kita akan ketahui di mana kedudukan kita…adakah dalam golongan berjaya atau golongan yang gagal.

Saya mengatakan secara yakin bahawa buku ini sangat inspiratif. Kerana hampir semua muka surat saya lipat menandakan ayat-ayat di dalamnya mampu meningkatkan semangat. Antaranya:

1. Kadang-kadang hasad manusia menjadikan kita semakin lazat beribadah.

2. Anda melihat orang yang beruntung itu sebagai beruntung tetapi apakah anda tahu masalah-masalah yang sedang dihadapinya? Jika anda ingin tahu, berdampinglah dengan mereka, anda akan tahu betapa beruntungnya anda.

3. Seseorang yang hendak berjaya itu lahir bersama musuh-musuhnya.

4. Tiada istilah pandai pada orang yang sanggup belajar sebab setiap langkah yang mereka orak untuk memandaikan diri sebenarnya telah meletakkan diri mereka selangkah lebih pandai daripada orang yang langsung tidak mahu belajar.

5. Tidakkah anda berasa malu menangis oleh gagalnya cinta terhadap manusia sedangkan Allah lebih utama untuk anda tangisi taufik dan hidayah-Nya?

6. Tiada orang bertuah sepanjang hidupnya dan tidak ada orang celaka sepanjang hayatnya.

7. Usah peduli sangat dengan agenda saingan. Mereka berbuat begitu sebab tidak mampu lagi bersaing dengan anda secara betul.

Ada banyak lagi…

Buku ini sangat hebat. Untuk merasai kehebatannya, bacalah!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: