Perkahwinan Dua Darjat Itu Perlu

Seingat saya, ketika usia remaja, saya pernah membaca novel tentang percintaan pemuda kaya dengan perempuan miskin. Percintaan tersebut begitu asyik sekali. Sesiapa yang membaca novel tersebut pasti terbayang-bayang bahawa dirinyalah yang menjadi watak utama percintaan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tak ingat sama ada percintaan antara dua darjat itu berakhir di jenjang pelamin atau sebaliknya.

Dalam dunia realiti, pernahkah perkahwinan antara dua darjat berlaku? Barangkali ada, tetapi tidaklah banyak. Biasanya, ibu pemuda yang kaya jarang-jarang hendak menerima bakal menantu dari orang kebanyakan. Begitu juga dengan mereka yang berasal daripada keturunan ternama atau kerabat diraja. Alasannya, takut jatuh maruah jika anak mereka berkahwin dengan orang miskin. Persoalannya, adakah maruah sesebuah keturunan itu terletak pada kekayaan ataupun darah kelahiran?

Apa salahnya pula dilahirkan dalam keluarga miskin? (Sedangkan ketika israk mikraj Rasulullah mendapati ramai ahli syurga terdiri daripada orang miskin…) Adakah miskin maksudnya hina? Tidak semestinya…

Barangkali golongan kaya menganggap kahwin dengan orang miskin itu tidak sekufu. Sekali lagi pengertian kufu disalah erti. Dari segi kekayaan memanglah tidak sebanding, tetapi…kita lihat berapa ramai hari ini, orang miskin yang berpelajaran? Sangat ramai. Dan mereka bertemu pula dengan pasangan yang kaya, juga berpelajaran kerana mereka berdua menyambung pengajian di tempat yang sama. Jadi, tiada masalah kufu dalam hal ini.

~ilustrasi semata-mata~

 

Pada pendapat saya, perkahwinan antara dua darjat sangat perlu…supaya “kekayaan tidak berlegar dalam golongan tertentu sahaja”. Apa salahnya, jika perkahwinan dua darjat ini berlaku, maka akan terbelalah pihak yang kurang berharta. Yang berharta pula dapatlah selalu menggunakan hartanya untuk kebaikan. Bukankah perkahwinan begini lebih indah kerana sentiasa dapat memberi?

Namun, ada senario di mana perkahwinan antara dua darjat itu sudah berlaku, (suami orang berada) tetapi pabila sudah lama, si suami berasa terbeban untuk membantu keluarga isterinya. Hampir setiap masa dia merungut. Hinggalah akhirnya, isteri kesayangannya itu meninggal dunia. Dia berasa lega. Seolah-olah luruh semua beban yang ditanggung selama perkahwinannya dengan keluarga miskin tersebut. Harta pusaka arwah isteri dibolot dan keluarga arwah isteri kekal miskin seperti sebelumnya. Dia yang memang berasal kaya, makin kaya.Kita tak mahulah perkara sebegini berlaku. Seboleh-bolehnya, kita mengharapkan perkahwinan antara dua darjat bermula dan berakhir dengan kebahagiaan dan hati lapang.

Dan apabila orang kaya hanya mengehadkan pilihan jodohnya daripada kalangan keluarga kaya juga, kekayaan mereka hanyalah akan berlegar dalam dua keturunan itu sahaja. Sering saya lihat dalam laman sosial tentang kisah-kisah pasangan kaya ini. Mereka mewar-warkan dengan megahnya jika pergi bercuti di luar negara. Mereka menayang kereta mewah dengan bangganya tanpa memikirkan perasaan orang miskin. Maka, pasangan suami-isteri yang sama-sama berasal daripada keluarga miskin mulalah memasang angan-angan, nak jadi macam pasangan kaya tersebut. Kalaupun tak dapat beli kereta mewah, dapat tayang kereta mewah di gambar profil pun cukuplah…

Nampak, kan? Kita perlukan check & balance. Itulah hikmahnya Allah menjadikan manusia ini…walaupun serumpun, tetapi ada yang miskin dan ada yang kaya. Dan tugas orang kaya untuk membantu, manakala orang tidak berada pula perlu berusaha. Untuk membentuk perpaduan dua golongan ini, perkahwinan merupakan salah satu caranya.

~perkahwinan adalah penyatuan dua keluarga~

 

Pendapat saya lagi, tiada salahnya wanita kaya berkahwin dengan lelaki tidak berada. Apatah lagi zaman ini, wanita lebih ramai yang berjaya daripada lelaki. Dalam hal ini, tentulah wanita tersebut memilih lelaki tidak berada kerana AGAMAnya…

Sekali lagi ingin diulang, jodoh di tangan Tuhan tetapi niat dan keputusan kitalah yang melorongkan langkah ke arah jodoh tersebut…

 إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرىء ما نوى

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: