Revisi Buku: Hargai Setiap Detik Kehidupan

 

 

judul: Hargai Setiap Detik Kehidupan

penulis: Arvan Pradiansyah

harga: RM19.90

penerbit: Casa Delima

 

Ini merupakan buku inspirasi dan motivasi. Setiap bab dianalisis dengan sangat menarik. Tajuk-tajuknya biasa sahaja, yang sentiasa berlegar dan berlaku pada diri kita, di sekeliling kita setiap hari. Kupasannya  mudah tetapi mampu membuatkan kita berfikir dan menilai diri semula. Contohnya pada bab Disiplin.

 

“Disiplin sangat sukar kerana kita tidak mengetahui apakah manfaatnya. Ramai orang melihat disiplin sebagai suatu yang mengikat dari luar, paksaan daripada orang lain, suatu yang sukar, sangat berat dan memerlukan kerja keras. Jadi, apabila mendengar perkataan disiplin, perkara yang terfikir dalam fikiran kita ialah ‘beban’. Padahal disiplinlah yang menjadikan seseorang itu berjaya, disiplinlah yang membuatkan kehidupan kita jadi indah.

 

Sekiranya kita berkeras terhadap diri sendiri, maka dunia akan berlembut kepada kita. Sebaliknya, jika kita berlembut kepada diri sendiri maka dunia akan berkeras kepada kita. Katakanlah jika kita malas bersenam sedangkan setiap hari kita makan makanan yang lazat lagi berkolestrol tinggi. Apa akan jadi? Tentulah pada akhirnya kita akan menghidapi banyak penyakit.  Katakan kita berkeras pada diri sendiri; bangun awal untuk bersenam dan makan makanan yang seimbang, tentulah penyakit akan menjauhi kita dan kita akan sentiasa merasa sihat.”

 

Contohnya menunaikan haji. Ramai orang ingin menunaikan haji tetapi selalu dihalang oleh masalah kewangan. Padahal suruhan utama menunaikan haji bukanlah masalah kewangan, tetapi masalah cita-cita. Persoalannya adalah kerana kita tidak bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji. Ini kerana mimpi, cita-cita dan gambaran visual kita tidak kuat. Bagi membolehkan kita menunaikan haji, kita harus membayangkan kenikmatan berhaji itu sendiri, bahawa ia akan memberi pengalaman spiritual yang cukup indah. Jika impian sekuat itu, barulah kita akan berdisiplin menyimpan wang. Cuba bayangkan, mengapa orang miskin boleh mengerjakan haji? Ini pasti didorong oleh mimpi dan cita-cita yang sangat kuat tentang betapa kuatnya nikmat berhaji.

 

Ini hanya satu bab. Ada banyak lagi bab lain yang sangat menarik untuk ditelusuri dan diambil iktibar…antaranya:

1. Orang bodoh guru sejati

2. Bahaya AIDS!

3. Makanan Fikiran

4. Orang Beragama Atau Orang Baik?

5. Hubungan Segitiga

6. Cinta Jangan Kau Pergi

7. Mengapa Sukar Memuji?

8. Perlahan Itu Lebih Cepat

Review yang saya tulis di sini mungkin tidak begitu menepati citarasa anda. Oleh sebab itu, saya mencadangkan anda mencari buku ini dan membacanya sendiri. Mudah-mudahan ada sedikit banyaknya motivasi yang boleh kita kutip untuk memperteguh kualiti diri dan memperkasa iman.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: