kerana-Mu aku berubah

 

Kerana-Mu Aku Berubah mengajak kita semua untuk mencintai Ilahi dan Islam, satu-satunya agama dan cara hidup yang diredhai. Sebutlah nama ALLAH dengan bibir yang basah, biar hati pula bergetar saat nama itu mengalir dalam darah. Ambillah Islam secara penuh, bukan separuh-separuh, barulah akan terasa betapa nikmat dan bertuahnya kita lahir beragama Islam. Cuma, yang perlu kita lakukan adalah menerbitkan iman melalui cara hidup yang diredhai. Jangan kata beriman kerana tidak pernah meninggalkan solat tetapi seusai solat, yang lelakinya bebas memakai seluar pendek manakala yang wanitanya bebas mendedahkan aurat. Jangan menuduh orang yang bertudung tidak semuanya baik kerana tudung itu tidak salah tetapi yang salah adalah si pemakainya yang tidak ikhlas. Jadi, jangan sesekali memisahkan iman dan amal ibadat, kerana pada saat kematian, pertama sekali roh akan disoal tentang akidah. Kemudian roh akan ditanya pula tentang amal ibadat. Jika hanya mengaku ada iman tetapi pembuktian melalui amal ibadat itu zero…maka rugilah usia ketika atas dunia.

Jangan ketinggalan untuk memiliki buku ini dan buku sebelumnya, iaitu Kasihmu Semerbak Firdausi yang mengungkap rahsia kasih sayang antara anak dengan ayah ibunya. Melalui promosi pihak penerbit, anda boleh mendapatkan kedua-dua buku ini dengan harga istimewa selepas diskaun. Kos penghantaran juga dikecualikan jika membeli kedua-duanya sekali. Sila muat turun borang di bawah ini.

 

Bagi kita yang suka membaca, alhamdulillah kerana sunnah nabi sudah kita laksanakan. Ingat lagikah ketika peristiwa penurunan wahyu kali pertama, baginda disuruh membaca? Membaca sesungguhnya akan menyingkap tabir kejahilan dan kesombongan diri. Oleh sebab itu, teruskanlah amalan ini. Bacalah buku-buku yang bermanfaat, yang makin mendekatkan kita dengan Maha Pencipta. Selepas itu, marilah kita mengajak orang-orang di sekeliling yang kurang suka membaca supaya memulakan amalan ini. Katakan pada mereka, tidak memadai berpegang pada ilmu yang dipelajari lama dahulu. Pengetahuan yang tidak berkembang, tidak menguntungkan sesiapa. Apatah lagi jika kita ini ketua atau pengurus rumah tangga, maka amat dialu-alukanlah untuk menjinakkan hati dengan bahan-bahan bacaan yang berguna. Kita amat memerlukan ilmu yang banyak untuk membimbing ahli keluarga demi mencapai matlamat usrah sakinah. Adakalanya, membaca buku lebih berfaedah daripada menonton TV.

Selamat menambah ilmu dalam dada, selamat mendapat petunjuk dan rahmat daripada-Nya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: