Cuit Sikit (i)

 

Entah mengapa, umat Islam hari ini makin hilangan pegangan dan identiti diri. Jika setahun lalu kegiatan jenayah dan gejala sosial banyak melibatkan masyarakat beragama lain, kini senarionya sudah berubah. Orang Islam pula yang makin ramai mengambil alih peranan tersebut. Malah bangga pula melakukan jenayah dan maksiat. Bukan secara sembunyi lagi. Orang Islam sudah sangat berani menunjuk-nunjuk maksiat yang mereka lakukan, ibarat makan nasi setiap hari. Mengapa?

Oh, barangkali kerana tekanan hidup atau desakan mahu hidup mewah sedangkan kemampuan terbatas. Periuk nasi kecil sahaja tetapi keraknya besar. Bukan sekadar akhlak islami, malah nilai murni sejagat pun hilang demi kemewahan duniawi. Pabila kemewahan jadi matlamat dan agama sendiri diketepikan, maka akan muncullah fasad yang sudah awal-awal lagi disebut dalam al-Quranul Karim.

Kerana kemewahan yang bersifat fatamorgana itu, maruah diri digadaikan dengan rela hati. Agama sendiri diperdagangkan atas nama keperluan peribadi. Mana hilangnya pegangan umat Islam kini? Sepatutnya, dengan agama, kita melangkah gagah tanpa penyakit rohani. Apa yang berlaku, sebaliknya pula. Hidup untuk dunia. Agama hanya diperlukan untuk menegakkan benang basah. Allah s.w.t hanya diperlukan ketika susah. Ketika senang, dunia aku yang punya. Tak sedar pun bahawa nikmat yang diberi percuma itu adalah belas ihsan Allah s.w.t semata-mata.

Jadi, mengapa hendak takbur? Mengapa lidah terlalu tajam mengkritik kesalahan orang? Diri sendiri sudah cukup sempurnakah? Solat lima waktu sudah khusyukkah? Hidup seharian sudah dihiasi perkara-perkara sunatkah?

Jangan mendabik dada, bahawa andalah orangnya yang tidak pernah tinggal solat berjemaah waktu Maghrib sedangkan lidah anda masih lagi seperti ayam jantan berkokok tetapi ekor bergelumang tahi. Jangan mendabik dada bahawa hati anda sudah baik, dada sudah penuh dengan ilmu agama tetapi tangan masih berjabat dengan orang bukan mahram.

Semak-semaklah apa yang masih tak kena. Duduk berteleku dan diam sejenak. Sudahkah kita mampu mengawal hati dan lidah sendiri? Iman yang sempurna boleh dibuktikan melalui hati dan lidah, dua organ kecil tetapi amat besar fungsinya pada diri…

***sekadar peringatan bersama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: