Wasiat Al-Imam Al-Ghazali

 

16. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum penuh keadilan, dan apabila berkata dengan penuh kebenanaran, tidak menyakiti hati orang, dan jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

17. Pejuang Islam yang berjuang di jalan Allah adalah mereka yang merentasi ceruk bumi ini dengan satu mesej, iaitu menegakkan kebenaran Islam dan menghancurkan kebatilan.

18. Ahlul Ithar, iaitu orang-orang yang gemar melakukan kebaikan, sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain dan menolong orang yang memerlukan bantuannya. Mereka ialah orang yang paling bermanfaat dan disayangi oleh orang lain.

19. Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah, maka Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harus berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja yang diperintahkan oleh agama.

20. Ahlun Najat ialah orang-orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.

21. Menjadi manusia yang paling bahagia merupakan idaman setiap insan. Oleh itu, raihlah hari-hari bahagia bersama Allah dan Rasul-Nya.

22. Malu adalah perhiasan mukmin sejati. Ia merupakan akhlak para nabi dan Rasul yang harus dimiliki setiap orang yang mengaku dirinya umat Muhammad.

23. Syaitan adalah musuh yang nyata ke atas manusia. Oleh itu, jadikan ia sebagai musuh, bukan sebagai kawan.

24. Silatulrahim adalah amalan mulia para Nabi dan Rasul, sehinggakan orang yang memutuskan silatulrahim dianggap telah melakukan dosa besar.

25. Mengingati mati mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa ber-Tuhan dan taqarrub kepada Allah.

 26. Orang yang menghafal al-Quran dianggap sebagai keluarga-keluarga Allag. Oleh itu, perbanyakkanlah menghafal al-Quran kerana ia cahaya di dalam kubur.

27. Solat tahajjud atau qiamullail adalah solat para Nabi dan Rasul. Bangunlah pada malam yang akhir dan gunakan waktumu untuk meminta hajatmu, nescaya akan segera ditunaikan Allah.

28. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w adalah satu kemestian dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat demikian kerana baginda adalah orang yang paling berjasa dalam membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat.

29. Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap sebagai senjata Mukmin dan pembuka pintu rezeki.

30. Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan keredhaan Allah. Latihlah kekhusyukan di dalam solat supaya beroleh kemenangan di akhirat kelak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: