Mutiara Hikmah

1. Antara tanda-tanda orang bijaksana adalah:
i. Hatinya selalu berniat baik
ii. Lidahnya sealu basah dengan zikrullah
iii. Matanya menangis kerana penyesalan
iv. Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah
v. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.
(Saidina Uthman bin Affan)

2. Tiada yang lebih baik daripada dua kebaikan: beriman kepada Allah dan memberi manfaat kepada manusia. Tiada yang lebih buruk daripada dua kejahatan: syirik kepada Allah dan menyusahkan manusia.

3. Tiga tanda kesempurnaan iman:
i. Jika marah, marahnya tidak keluar daripada kebenaran
ii. Jika senang, kesenangannya tidak membawa kepada kebatilan
iii. Ketika mampu membalas, ia memaafkan.

4. Tiga manusia tidak akan dilawan kecuali oleh orang yang hina:
i. Orang berilmu yang mengamalkan ilmunya
ii. Orang yang cerdas cendekia
iii. Imam yang adil

5. Tiga sifat manusia yang merosakkan:
i. Kikir yang dituruti
ii. Hawa nafsu yang diikuti
iii. Sifat mengagumi diri sendiri yang berlebihan

6. Raihlah ilmu. Dan untuk meraih ilmu, belajarlah untuk tenang dan sabar. (Saidina Umar Al-Khattab)

7. Setiap manusia di dunia adalah tetamu dan wangnya adalah pinjaman. Cepat atau lambat, tetamu itu tetap akan pergi dan pinjaman itu haruslah dipulangkan. (Ibnu Mas’ud)

8. Sesungguhnya seorang hamba itu bila berasa ujub kerana suatu perhiasan dunia, nescaya Allah akan murka kepadanya hinggalah dia melepaskan perhiasan itu. (Saidina Abu Bakar As-Siddiq)

9. Orang yang banyak ketawa, kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina, dia juga akan dihina.
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Sesiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. (Saidina Umar Al-Khattab)

10. Orang yang cerdik ialah orang yang mampu mengawal dirnya dan menyiapkan diri untuk menghadapi hidup setelah mati. Orang yang lemah adalah orang yang mengikut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan. (Nabi Muhammad s.a.w)

11. Sesiapa membuatmu iri dalam agama, cemburuilah ia pada agamanya. Sesiapa membuatmu iri dalam kehidupan duniamu, lemparkanlah duniamu ke hadapannya. (Imam Ghazali)

12. Saat hatiku telah keras dan tujuanku sukar
Kujadikan pengharapanku pada ampunan-Mu sebagai tangga
Dosaku telah meliputiku
Tetapi ketika kubandingkan dengan ampunan-mu ya Allah
Ampunan-Mu tetap lebih besar. (Imam Syafie)

13. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk
Tiada kebaikan bagi pembaca al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya
Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak. (Saidina Ali k.w.)

14. Nikmat yang paling baik adalah nikmat yang kekal dimiliki. Doa yang paling sempurna adalah doa yang dilandasi keikhlasan. Sesiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya. Sesiapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya. Sesiapa yang hilang harga dirinya bererti dia tidak warak. Sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya sudah mati. (Saidina Ali k.w.)

15. Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada mejaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenung tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat. Aku mencari segala bentuk rezeki tetapi tidak menemunkan rezeki yang lebih baik daripada sabar. (Saidina Umar Al-Khattab)

16. Belajarlah menyebut-nyebut kebaikan orang lain. Menghargai orang lain dengan menyebut kebaikannya, salah satu daripada akhlak mahmudah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: