10 Sahabat yang Dijamin Masuk Syurga

 

1. Abu Bakar as-Siddiq r.a.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w.. Selain itu merupakan lelaki pertama memeluk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga di dalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Abu Bakar Siddiq meninggal dunia pada usia 63 tahun. Daripada  beliau diriwayatkan 142 hadis.

2. Umar bin Khattab r.a.
Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad s.a.w. semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak beliau bersyahadat di hadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), beliau menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraisy terhadap diri Nabi dan para sahabat. Pada zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat. Kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkan dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh. Disemadikan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah s.a.w.

3. Othman bin Affan r.a.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar. Semasa pemerintahannyalah seluruh tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali bin Abi Talib r.a.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasah perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khattab, Ali bin Abi Talib juga terkenal dengan keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah s.a.w sejak kecil dan hidup bersama baginda hinggalah baginda diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Talib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Kufah,

5. Talhah bin Ubaidillah.
Memeluk Islam dengan perantaraan Abu Bakar as-Siddiq ra, Aktif dalam setiap peperangan selain Perang Badar. Dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah s.a.w sehingga terhindar daripada mata pedang musuh, sehingga putus jari-jarinya. Talhah bin Ubaidillah gugur dalam Perang Jamal semasa pemerintahan Ali Bin Abi Talib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair bin Awwaam
Memeluk Islam juga melalui perantaraan  Abu Bakar as-Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada usia 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, Pernah ditawan musuh lalu ditebus bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapanya oleh Rasulullah s.a.w sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Talhah bin Ubaidillah pernah diperintahkan oleh Rasul s.a.w untuk memata-matai gerakan musuh (Quraisy). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman bin Auf
Memeluk Islam sejak kecil melalui Abu Bakar as-Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di Baqi’.

10. Abu Ubaidillah bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada peringkat kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah s.a.w.. Meninggal pada tahun 18 H di Urdun kerana penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: