ayah dan ibu
kaulah segala-galanya dalam hidupku.
andai kasihmu seputih salju
sayangmu sejernih al-Kauthar
kuingin selama-lamanya begitu
usah ada walau setitis noda di situ.
ayah dan ibu
ibarat sungai yang mengalir tiada hentinya
ibarak semerbak Jannatul Naim
harumnya tersebar di bumi
kaulah bintang di hati
ayah dan ibu
andai kasihmu sedamai malam
kuingin selama-lamanya begitu
agar dapat kuberadu di pangkuanmu selalu
bersama restu, bersama redamu…
ayah dan ibu
takkan kubiar kau menangis sedih
ingin kulafaz jutaan terima kasih
di atas kasih yang terindah
bersifat rabbani
kasih nan melindungi.
ayah dan ibu
sesungguhnya, deritamu cagaran bahgiaku
restumu syurga nafasku
kaulah anugerah syurgawi dalam hidupku…
* ayah dan ibu, manusia paling bermakna dalam hidup kitaa semua. tanpa mereka, entah di mana pula kita pada hari ini…
* bersyukurlah pada-Nya kerana mengutuskan ayah dan ibu yang melahirkan, menunjuk ajar, membesarkan dan menjadikan kita manusia serba berjaya dan berguna pada hari ini…
*maka sebagai balasannya, setelah besar panjang, berapa kerap kita mengenang mereka? berapa kerap kita memeluk mereka? berapa kerap kita menghubungi mereka? berapa kerap kita pulang ke sisi mereka dan bertanyak khabar mereka?
*dan jika mereka sudah tiada, masih adakah bakti kita terhadap mereka?
*bacalah buku ini untuk mendapat sedikit sebanyak bimbingan dan panduan, agar mereka sentiasa merestui kita di alam fana ini dan di alam baqa…
Filed under: karya |
semoga blog ini akan mendapat perhatian dari semua golongan pembaca dan keberkatan dariNYA….. SEMOGA MAJU JAYA…
terima kasih… sokong dan tolong doakan.
tahniah awk
terima kasih. buku ni dah beli ke belum?