Sahabat Terbaik

 

Sahabat ini tak akan meninggalkan kita.

Sahabat ini akan menyapu air mata saat kita berduka.

Sahabat ini sentiasa membimbing kita ke arah syurga-Nya.

Suami Yang Hilang Isteri

 

Akhir-akhir ini, saya ada terbaca banyak berita suami kematian isteri. Tapi ingatan saya tak boleh buang tentang kisah-kisah suami kematian isteri yang pernah berlaku dalam persekitaran saya. Tak dapat dinafikan, sang lelaki berhak bertindak mengikut kehendaknya sendiri, sebab yang mati itu isterinya.

Paling terkini, lelaki terkenal itu. Dia memuat naik semua cerita tentang penderitaan sang isteri ketika sakit tenat. Dia mendapat like yang banyak, juga kata-kata semangat yang banyak. Selepas isterinya pergi, dia memuat naik semua kebaikan isteri, semua gambar isteri.

Saya ingin lihat berapa lama dia boleh bertahan dengan keadaan ini?

Yang sering saya lihat…lelaki, betapapun rasa kasih kepada isteri, betapapun mengungkapkan rasa sedih akan kehilangan abadi itu, berapa lama sangat?

Buktinya, baru 2-3 hari isteri meninggal, dia sudah bawa anak-anak keluar berlibur. Kononnya untuk mengurangkan rasa sedih anak-anak. Semudah itu? Apa telahan kita tatkala  melihat wajah anak-anak yang sengih sampai telinga ketika bergambar.

Dan nanti, lelaki biasanya akan buat alasan anak ramai untuk berkahwin lagi. Maka tamatlah cerita cintan-cintun dengan al-marhumah.

Untung, kan? Lelaki boleh menghimpun ramai wanita dalam hatinya…yang hidup dan yang mati. Sampai tarikh ulangtahun kematian, bawa isteri baru pergi ziarah kubur isteri yang sudah mati. Kononnya lelaki menangis dalam hati. Tapi, jangan nak selindunglah. Hal-hal nafsu tu…tetap terzahir walaupun perwatakan alim menjadi pakaian sehari-hari. Hmmm…sebenarnya korang lebih rumitlah, lelaki.

 

Ibu

 

Sebagai ibu, saya sering terfikirkannya. Saya mahu beri yang terbaik kepada anak-anak selagi saya hidup. Tetapi, bagi pihak anak-anak, adakah mereka akan terasa apabila saya tiada nanti?

 

FB_IMG_1455605834271

Doa Tak Bermakna

 

Sesekali jika dipanggil mesyuarat di bangunan pejabat kerajaan Putrajaya, saya kagum apabila bacaan doa dikumandangkan pada pukul 8.30 pagi. Saya, yang tinggal jauh dari Putrajaya (walaupun bertolak dari rumah jam 6.30 pago), biasanya sampai pada  waktu itu, tadahlah tangan walaupun di dalam lif. Sambil berjalan pun, tadah tanganlah. Sebab saya fikir, doa para pegawai ni mungkin makbul, sebab mereka berada di level lebih tinggi daripada guru sekolah rendah.

Cuma, yang tak seronoknya apabila melihat ada ramai je pegawai yang tak endah pun untuk menadah tangan. Oh, mungkin saya ni kolot. Sebab, berdoa tak semestinya kena tadah tangan dan sebut amin di bibir. Sambil tangan buat kerja pun boleh hayati doa tu dan masih boleh aminkan dalam hati, betul tak?

Atau mungkin mereka sudah lali dengan doa tu. Setiap hari kot, baca doa. Jemu dah. Kita yang jarang-jarang datang ni kot yang rasa teruja.

Apa-apa jelah. Manusia memang macam-macam.

Manusia akan sentiasa ada alasan untuk menghalalkan cara mereka. Sekian.

Guru Hari Ini

 

Musim posting tiba lagi. Sekolah saya mendapat tujuh orang guru baharu.

Macam-macam gaya ada.

Tapi yang ingin saya hinglight kan adalah penampilan mereka.

Hari pertama kerja sudah memandu kereta import. Untunglah lahir dalam keluarga berada…bapa beri kenderaan supaya anaknya tidak berasa susah hendak pergi kerja.

Guru-guru sekarang untung. Gaji mereka dibayar awal. Tak macam saya dulu, paling cepat lepas enam bulan baru dapat gaji. Untuk hidup selama enam bulan itu, pandai-pandailah. Fresh lagi apatah lagi bukan jenis meminta-minta dengan keluarga. Jadi agak sukarlah. Macam tak percaya juga saya berjaya harunginya. Itulah ajaibnya takdir Tuhan.

Saya terpaksa berhutang dengan bapa mertua untuk membeli peti ais, mesin basuh, katil dan almari baju. Ketika dapat gaji pada bulan enam, semuanya digunakan untuk bayar hutang berkenaan. Sudahlah waktu itu gaji permulaan sangat kecil. RM1533 sahaja. Hari ini, guru-guru baharu memang untung sebab gaji permulaan mereka ialah RM2222.

Saya lihat, hari Khamis pertama sudah pakai baju sutera. Mewahnya hidup korang. Banyaknya rezeki korang. Kalau macam tu, kerja sebagai cikgu taklah sesuai mana untuk korang. Oh, terlupa, mereka dilahirkan dalam keluarga berada. Kerja hanyalah jaminan pencen. Tak lebih daripada itu.

Dalam banyak hal, memang guru-guru baharu ni banyak kelebihan dari sudut fizikal. Nak buat macam mana, dah rezeki mereka.

Zaman kami dulu, lepas enam bulan baru boleh beli kereta. Lagipun zaman dulu mana ada 0 down payment. Dan kereta import pulak mahal. Tak macam sekarang, kereta import lebih mampu dimiliki berbandung kereta tempatan.

IMG-20140516-WA0077

Oppsss…maafkan saya. Kita tak boleh bandingkan zaman, betul tak?

Okey jangan bandingkan zaman.

Tapi jom kita bandingkan kualiti kerja kita.

Jangan mengeluh oi orang muda. Korang nak hidup lama lagi.

Solat Ikhlas

 

Mutakhir ini, gamat sungguh orang post dan share tentang solat dhuha dan solat hajat di media sosial.

Saya percaya, ramai yang terpengaruh. Ingin berubah.

Syukurlah.

Tapi, tetap ada tapinya.

Apatah lagi dalam zaman gawat ini, ramai yang susah hati memikirkan kos sara hidup yang tinggi sedangkan gaji tak tinggi.

Maka, solat dhuha dilihat sebagai solusinya. Solat dhuha penyebab murah rezeki.

Alahai…

Sanggup solat sunat sebab susah hati tentang rezeki. Padahal sebelum ni, tak pernah peduli apa-apa tentang solat sunat. Mana tidaknya, solat terawih pun tak pernah buat.

Gawat punya pasal.

Persoalannya, ikhlas ke tak?

Macam nak rasuah Tuhan pulak. Semata-mata terdesak nak rezeki lebih…

 

Lelaki

 

Hmmm…dah lama tak cakap tentang lelaki. Iaitu sejak saya menutup hati kepada lelaki setelah berkahwin.

Hari ini, tiba-tiba je teringin nak cakap pasal lelaki. Kenapa ye?

Sebab saya meluat tengok lelaki yang work hard sampai menyusahkan orang lain. Kan lelaki biasanya work smart? Bila lelaki work hard, memang orang bawahannya akan tertekan. Sebab permintaannya memang bukan-bukan.

Lagi satu, saya tak sangka ada ramai juga lelaki yang emosional. Lelaki emosional memang tak layak jadi pemimpin, sebab akan menyusahkan orang bawahan juga. Nantinya, arahan yang diberi atau keputusan yang dibuat tak profesionallah.

Orang kata, masalah rumahtangga jangan dibawa ke tempat kerja. Walau macam mana terukpun bergaduh di rumah. Tinggalkan di rumah. Pekerja di pejabat tak berdosa pun. Jangan kerana marahkan anak atau pasangan, pekerja dijadikan mangsa.

Malah senyuman pun jangan lekang di tempat kerja. Nak menangis ke, nak mengamuk ke, buatlah kat rumah. Once awak start enjin kenderaan, senyumlah. Demi pekerja di pejabat kita.

Tak adillah mereka mendapat kata-kata yang kasar atau wajah yang mencuka. Mereka tak salah apa-apa.

Be professional please.

Aib Diri

 

Kalau jenis suka cakap kotor, barangkali susah nak kawal diri untuk tidak menulis perkataan kotor di alam maya.

Kalau jenis suka bermegah-megah, barangkali susah sungguh nak jadi humble di alam maya.

Jadi, tak nak mengaku jugak lagi ke, apa yang kita tulis di alam maya itu adalah refleksi diri kita?

Sedih membaca cerita-cerita mengenai breastfeeding tu…hilang terus rasa malu demi melampias rasa geram terhadap satu page. Hebat ke kau ada anak? Perlu ke selfie sambil menyusu?

Malu Nabi Muhammad melihat umatnya begitu.

Dan lagipun, kau sedang menayang aib diri. Menjadi ibu sangat mulia. Tapi, menayang perut boyot di sebalik baju ketat, proses kelahiran dan proses menyusu anak…itu semua aib yang wajib disorok. Kau sengaja menjatuhkan maruah diri. Bahkan bukan maruah kau saja. Maruah suami, maruah ayahmu dan maruah ibumu juga. Kesian mereka.

Lagi satu, jangan buat begitu lagi sebab kamu sedang melukai gadis yang belum bertemu jodoh, wanita yang belum ada anak.

Anak dan kemampuanmu menjadi ibu, itu ujian buatmu. Jadi, matanglah sikit. Syukur banyak-banyak.

Betul Ke Tak Kisah Tentang Jodoh?

 

Sebelum ada media sosial, kita tak pernah tahupun gadis manakah yang mengeluh atau menangis kerana jodohnya belum tiba.

Pabila ada facebook, serta-merta kita tahu. Macam biasalah, status yang ditaip berbunyi redha. Ada yang melapiknya dengan berkata, jodoh tu kerja Tuhan…sampai masanya, adalah. Bunyinya memang sangat kudus, tapi akuilah, hakikatnya tak sama. Lepas dia kata redha, dia tulis status:

  1. Oh, sunyinya hidup.
  2. Kenapa terdesak sangat nak kahwin…belum tentu lepas kahwin bahagia.
  3. Suka hatilah kalau aku ni pemilih sangat. Tersalah pilih suami, aku jugak yang merana. Orang sekeliling tahu apa?
  4. Menumpang kasih anak-anak saudara. Nak buat macam mana, jodoh belum sampai…
  5. Ramainya nak matchmake aku dengan lelaki itu, lelaki ini…ingat aku ni apa, ikan kat pasar ke?

Awak,

Elok juga awak jangan tulis apa-apa statuspun mengenai keadaan awak yang belum bersuami tu. Keluhan awak tu sebenarnya makin menjauhkan jodoh daripada awak. Dan keluhan awak tu menampakkan awak macam…yalah, belum layak berkahwin walaupun umur dah dekat 40 tahun.

Untuk kita,

Bersyukurlah selalu jika sudah berkahwin kerana sekurang-kurangnya kita sudah terlepas daripada dilema gadis yang belum berpunya. At least, kita akur bahawa tak semestinya cantik baru ada jodoh. Kita ni, macam semua tipikal Melayulah…tapi syukur ada juga lelaki yang sudi jadikan isteri.

Kawallah sikit diri kita ni jika hati meluap-luap nak tunjuk gambar mesra dengan suami dan anak-anak. Kesian mereka yang belum berkeluarga tu. Mereka tentu teringin memiliki apa yang kita ada sekarang…kawal ya. Jaga hati mereka. Bayangkan jika kita yang duduk di tempat mereka.

Untuk semua,

Setiap yang Tuhan tetapkan, pasti ada ujiannya. Untukmu gadis yang belum bertemu jodoh, aku tahu ujian ini sangat besar. Ada masa-masanya kau berasa sangat sedih, malu, tertekan…mahu lari jauh-jauh. Eh, tapi janganlah pos hadis Nabi yang kata Nabi suka menunggu gadis yang belum bernikah di pintu syurga. Itu hadis atau kau share entah dari mana? Selidik dulu ke tak?

Yang Nabi tunggu, smeua umatnya yang layak masuk syurga. Bukan khusus gadis belum bernikah je.

Untukmu wanita yang sudah ada keluarga, kau juga sedang diuji. Bagaimana tanggungjawabmu terhadap keluarga? Ada neraca dosa dan pahala dalam rumahtanggamu. Kau timbanglah sendiri.

Kau juga ditunggu oleh Nabi di dalam syurga. Kau boleh bawa ahli keluargamu masuk sekali jika kau mahu. Itulah kuasa amalan soleh.

Untuk korang yang obses sangat dengan facebook,

Itulah. Iman bak berada di hujung jari je. Jadi, pastikan tubuh yang besar mampu mengawal jari yang kecil. Jangan menyesal kemudian.

 

Jajan Kenduri

 

Di antara kita, memang ramai yang suka menghadiri majlis keraian. Dan di antara kita, ramai juga yang suka bawa hadiah. Tapi, apa rasanya jika tuan punya majlis tidak pandang besarpun apa yang kita bawa? Malah sering berlaku, waktu kita jabat tangannya dan bertanya sesuatu, dia jawab sambil matanya memandang tetamu lain. Malah mahu segera bergegas melepaskan tangan kita dan meluru ke arah tetamu itu. Apa rasanya?

Mungkin rasa menyesal bawa hadiah. Atau barangkali rasa menyesal hadiri majlis itu juga!

Lepas makan, tiba waktu hendak balik, Sekali lagi jabat tangan tuan rumah. Kita bagai ternati-nanti sesuatu. Dan seperti tadi juga, mata tuan rumah memerhati tetamu yang baru sampai. Apatah lagi yang baru sampai, ada pangkat sikit. Lalu, kita ni siapa, kan? Hanya terpandang-pandang jajan yang disediakan. Takkan nak ambil sendiri?

Kecil hati wei!

Saya…teringin mengingatkan diri jika suatu hari nanti saya mengadakan majlis yang besar, ingin sekali saya menjaga hati semua jemputan. Saya tahu bukan mudah. Contohnya majlis perkahwinan anak sulung atau anak bongsu atau anak tunggal. Kata orang, mejlis begitu biasanya hampir semua jemputan datang.

Tapi, alasan bukan mudah tidak boleh digunakan untuk melukakan hati tetamu. Tak kiralah ada pangkat atau tidak, berada atau miskin, sepatutnya layanan sama rata. Jika VIP diiring sampai ke tempat duduk, apa salahnya jiran sebelah rumah yang miskin tu juga diiring sama. Lagipun, kenduri sebenarnya untuk memberi makan kepada orang miskin, betul tak?

Dan cerita jajan tu…kalau nak bagi, bagilah sama rata. Jangan sampai ada yang berkecil hati, apatah lagi jika tetamu itu ada sedekah wang atau bawa hadiah. Tuan rumah kena cakna. Kena raikan tetamu dengan baik, okey?

Apa rasanya, aku datang bawa hadiah. Tapi sepokok bunga telurpun tak dapat!

Dan bayangkan selepas kenduri, anda berseloroh dengan tuan rumah, “telur sebijipun tak dapat,” dan dia balas, “eh ye ka? Minta maaflah tak perasan.”

Adakah anda akan memujuk diri dengan berkata, “Tak apalah, dia sibuk layan tetamu,” atau, “Aku pergi kenduri bukan nak hadap sangat jajannya tu…” atau bagaimana?

Tuan rumah, tolong jangan ambil mudah. Makan dalam tau tak!