Hadiah Hari Guru 2010

 

Alhamdulillah…merasa juga masuk majalah!Suatu hari sewaktu mendapat panggilan daripada Editor Majalah Nur, saya rasa berdebar-debar. Arahan kak Masyitah ringkas sahaja, tentang tarikh shooting dan pakaian yang perlu dibawa. Jika ada, bawa bersama profil diri.

Pada hari yang ditetapkan, suami menghantar saya ke Kumpulan Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam. Kemudian saya dibawa ke bilik mekap. Rasa terujanya…sebab dah lama tak mekap tebal 14 inci. Make-up artist saya simple saja orangnya namun kemahirannya terserlah. Setiap sentuhannya menghasilkan kecantikan yang luar biasa.

Selepas itu, saya diminta mencuba baju yang ditaja oleh Hajaba. Baju pertama agak longgar dan tidak sesuai, tetapi baju kedua okey. Jadi, inilah hasilnya…

 

 the editor, me, the make-up artist

Kata K. Masyitah, wajah saya ni akan terbit dalam Majalah Nur keluaran Mei, iaitu sempena Hari Guru. Jadi, selepas shooting, saya perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan kerjaya saya, antaranya esp. cabaran mengajar di SJKC, sambutan Hari Guru yang paling bermakna dan bagaimana saya memperuntukkan masa untuk menulis dalam kesibukan bekerja.

Sebenarnya waktu shooting, saya tidak keseorangan. Saya digandingkan dengan dua orang guru dari daerah yang berlainan. Mereka berdua ternyata amat hebat dan menyerlah dalam kerjaya masing-masing. Mereka ialah Cikgu Foziah dan Ustazah Sarah…

 

Cikgu Foziah, Ustazah Sarah, Me

 

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang yang mula-mula sekali memberi peluang kepada saya mengukir nama di Karya Bestari, iaitu K. Wan Rohana bt Wan Abd Manaf. Atas sokongan, semangat dan galakan beliaulah, maka Kasihmu Semerbak Firdausi menjadi realiti. Beliau tidak pernah jemu memberi bimbingan kepada saya. Beliau selalu memberi komen dan idea yang membina. Saya rasa beruntung pabila buku saya ini menjadi buku kedua diterbitkan di bawah genre Kauthar. Saya yakin, jika k. Wan tidak push saya, barangkali saya akan masa yang lebih lama untuk menyiapkan buku tersebut apatah lagi pada tempoh ‘deadline’ tersebut, kekangan tugas amat menghambat.

 

 

K. Wan: My best ‘sifu’ ever…

 

Saya turut rasa bertuah kerana k. Wan tak pernah lokek berkongsi ilmu dan pengalamannya. Paling mengharukan, beliau tidak pernah lupa menulis ‘tq’ pada hujung setiap emel atau sms nya kepada saya. Beliau juga banyak memberi cadangan untuk buku yang saya tulis supaya hasilnya nanti nampak kemas dan menarik. Maklumlah, Kauthar merupakan genre baru dalam Karya Bestari, jadi kami semua mahu buah tangan baru ini mampu menarik perhatian khalayak pembaca.

Sebulan selepas buku saya, Kasihmu Semerbak Firdausi diterbitkan, saya dikhabarkan satu lagi berita gembira. Alhamdulillah, novel saya sudi diterbitkan oleh Alaf 21. Saya kira, ini satu pencapaian yang memberangsangkan pada tahun 2010, buat diri saya. Sewaktu Pesta Buku Antarabangsa KL berlangsung pada bulan Mac yang lalu, saya tersenyum lebar melihat novel saya, Sanubari Pujaan, tersusun megah di sebelah novel-novel hebat terbitan Alaf 21.

Me…

 

Bagi sesetengah orang, masuk TV, masuk majalah dan glamour perkara biasa namun, tidak bagi saya. Maklumlah saya ni golongan marhain sahaja. Selain itu, menjadi glamour bukanlah matlamat utama saya ketika mula-mula menulis dahulu. Niat asal hanyalah untuk mengisi masa lapang dan meluahkan rasa hati. Dan saya memikirkan bahawa, amat perlu mendokumentasikan apa-apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita. Sebab itu saya menulis. Dan lagi, melalui penulisan, saya dapat menghargai insan-insan penting yang berada di sekeliling saya, seperti ayah dan ibu, adik-adik, suami, keluarga, guru-guru, saudara-mara dan sahabat handai. Pada saya, penghargaan melalui cara ini lebih berkekalan sifatnya.

Ada penulis yang mencipta nama seawal bukunya yang pertama. Ada pula yang hanya dikenali selepas menghasilkan lebih daripada 10 buah buku. Barangkali saya berada di tengah-tengah dua kumpulan ini. Dan barangkali juga tidak…kerana saya tahu, saya tidaklah dikenali. Namun tidak mengapa. Saya mengambil ini sebagai cabaran. Tak mengapa jika tidak dikenali.Yang penting, mesej dakwah sampai kepada pembaca.

Hendak tahu apa yang mereka tulis tentang diri saya? Dapatkan majalah NUR keluaran Mei 2010. Selamat Hari Guru…

(Terima kasih NUR…)

11 Responses

  1. Tahniah..ustazah di atas kejayaan demi kejayaan diraih. Semoga terus bersemangat dan menghasilkan karya-karya mendidik khalayak pembaca.

    • terima kasih, misi dakwah baru sahaja bermula…

  2. Tahniah atas kejayaan.. Selamat hari guru juga diucapkan..
    Tak dilupa didoakan keberkatan ilmu buat guru2 yg pernah mengajar di KISAS. Juga kuhadiahkan bacaan Alfatihah buat guru di KISAS yg telah pergi spt guru add maths ku Allahyarhamah Cikgu Norsham dan juga bekas Pengetua KISAS Allahyarham Ust Abd Morat dan isterinya yg merupakan bekas ustazahku di sekolah rendah Allahyarhamah Usth Shahirah… Amiinn..

    • ya, guru-guru KISAS tak pernah dilupakan. jasa mereka sentiasa diingati dan menjadi panduan menjalani kehidupan yang diredai. doa dan kasih buat mereka semua

  3. Salam….

    Tahniah Ana…. Kak Tie tumpang gembira melihat kejayaan teman2…. Teruskan perjuangan….

    • Syukran, k. Tie.
      Kat fb tak pernah nampak, tetiba je k. Tie muncul kat blog ana…

  4. Semoga menjadi pembakar semangat untuk lebih sukses:)..Tahniah..

  5. tahniah le sebagai pembakar semangat…

    • alhamdulillah…

  6. tahniah ustazah….setiap kejayaan perlukan pengorbanan dan setiap pengorbanan ada yang terkorban…fb(mak engku)

    • x dpt dinafikan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: